FOLLOWWWW ME

BAJA UNTUK ORKID

Inilah baja-baja yang saya gunakan. Sebelah kiri dengan lebih unsur N dan K saya dapati pokok lebih subur, sihat dan daun cantik. Baja ni dari jenis biofertilizer cecair tapi baunya busuk. Tapi tak pelah asal pokok cantik .
Yang sebelah kanan juga baja cecair tapi dengan kandungan P dan K yang lebih tinggi pada kadar 14 28 28 . Kalau ikut pengamatan saya , pokok kerap berbunga, bunga tahan lama, saiz bunga pun lebih besar.



Ini pula baja organik dalam bentuk pejal.Saya gunakan untuk orkid yang ditanam dalam pasu.Baunya macam ubat antibiotik. Unsur NPK sekata. Yang paling penting serangan kulat jauh berkurangan lepas guna baja ni.
Setelah lama mencuba , pada pandangan saya inilah baja yang sesuai setakat ni.