FOLLOWWWW ME

UNTUK DITEKA ....


    Berbunga sekali lagi setelah bertahun menyepi.

YANG RAJIN BERBUNGA TERUS BERBUNGA



Eria Mucronata, awal pagi lagi aroma haruman eria  ini telah tersebar, walaupun kuntuman-kuntuman bunganya kecil aroma yang dihasilkan cukup untuk memberi isyarat diawal pagi yang ia telah berkembang. Bagi yang tidak memiliki eria ini, gambarannya ialah bunga kecil sahaja seperti saiz syiling 5 sen dengan kelopak berwarna kuning cair dan bibirnya bertompok kuning terang.






Ascocentrum miniatum cukup rajin berbunga,


 


Vanda hybrid , nama tak tau. Orkid hybrid terutamanya dari jenis vanda sentiasa bertukar ganti menghiasi taman, walaupun kebanyakannya tidak berbau harum , saiz bunga yang besar dan berwarna terang akan tetap menarik perhatian sesiapa sahaja. untuk mendekatinya.


 DENDROBIUM SANGUINOLENTUM ini pun berbunga lagi, walaupun masih ' ramai '  kawan2 dendrobium lain masih tidak sudi berbunga. Ada 2 jenis , satu yang berbunga seperti diatas dan satu lagi keseluruhan kelopok bunga berwarna kuning tanpa  tompokon unggu.



 Dendrobium Isle Pearl, seperti namanya , warna kelopak (sepal dan petal ) seputih mutiara. Berbau harum dengan aroma yang menyegarkan.  Dendrobium  ini mudah dibiakkkan , kerana saya sentiasa mengambil kesempatan memindahkan keikinya ke pasu lain.






Salah satu cattleya kegemaran saya. Bungnya besar , 3 kuntum sekali mekar. Warna cantik dan terang didominasi unggu cair tetapi warna unggu gelap lebih menonjol .


Ini adalah diantara orkid spesis dan hybrid yang rajin dan amat rajin berbunga, dapat juga dikongsi  dengan pengunjung blog minatorkid ini.

DIMORPHORCHIS LOWII ...... SARAWAK mari

DIMORPHORCHIS LOWII seperti ini saya pernah poskan  di sini  .



Pernah berbunga walaupun  tidak sempurna. Manakala semua yang ditunjukkan dibawah ini di tanam dari sekecil saiz 5cm - 7cm, kini  syukur hidup subur walaupun masih belum berbunga. Semasa membelinya dulu , penjual  memanggilnya sebagai Mini Tiger .


Banyak juga yang telah bertukar tangan dan yang tinggal hanya untuk koleksi peribadi. 

 Yang ini diikat dipotongan kayu jati dan digantung, ada 4 pokok dikayu ini.

 Yang ini diikay dipotongan kayu resak lebihan dari pergola.

 Ini diikat dikeratan batang cempedak dan digantung

 Yang ni diikat dibungkah batang manggis dan digantung


 Diikat dipokok jambu air...

 Diikat dipotongan kayu cengal dan digantung tapi akat lambat melekat.
 Ditanam dalam pasu plastik dengan medium arang. Subur dan cantik.

 Diikat dipokok Salam. Baru dipindahkan dari kayu kayu rambutan yang mereput.

 Diikat di batang pokok Salam sejak 3 tahun lepas. Diatasnya pokok Coelogyne sp. Gunung Ledang  yang diperolehi  dari dahan pokok yang patah beberapa tahun lepas. Masih belum pernah berbunga lagi.
Diikat ditiang konkrit pondok orkid. Hidup tapi tak sesubur seperti yang lain-lain.

PARAPHALAENOPSIS SERPENTILINGUA DAN COELOGYNE FIMBRIATA




Paraphalaenopsis  serpentilingua ini berbunga setahun sekali. Sebelum ini saya memiliki 3 sp paraphal iaitu serpentil, labukensis dan deneveii. Tapi kini  labukensis yang paling terang dan garang warnanya telah mati akibat tersalah eksperimen menanam secara terbalik setelah hidup dari mula dengan cara penanaman menegak.
Paraphal ini ada yang ditanam secara menegak ada yang diterbalikkan, dan kalau paraphal anda dalam posisi menegak janganlah digantung terbalik kerana ini akan mengakibatkan pokok tersebut tidak dapat menyesuaikan keadaan dan akan samada membantutkan pertumbuhan atau mati.

Paraphal ini adalah diantara orkis spesis terawal yang saya miliki dan mencambahkan minat terhadap orkid. Memilikinya pun secara kebetulan apabila mencari tanaman hiasan di sebuah nurseri yang hidup segan mati pun segan. Terlihat paraphal ini tergantung tidak terjaga, melihat rupa pokok yang pelik saya pun membelinya dan untung harganya murah kerana kondisinya yang tidak terjaga.
Untungnya tak sampai sebulan selepas itu, spike pertama mula keluar dari labukensis ini. Cantik tetapi berbau hamis, memang wajar digelar juga orkid ular/rat tail.



Coelogyne Fimbriata  dibawah ini pun dah lama, sekarang pun sedang lebat berbunga , tak putus-putus. Rumpun fimbriata ini hidup subur dalam pasu dengan medium arang kayu. Dah jadi spesimen, banyak kali dipindahkan keiki untuk tujuan pembiakan.


Orkid Di Tahun Baru 2012


Phalaenopsis Redfan Grazia yang tidak pernah menghampakan, tapi  bunganya banyak kali ini . Bunga yang bawah sekali rosak sedikit akibat terkena semburan baja.


  Cornu cervi, dah lama sangat tak berbunga, ada 4 spike yang masih hijau seperti hibernisasi dari mengeluarkan bunga dan akhirnya satu spike mula berkuntum semula.




Eria Multifllora yang rajin berbunga, kali ini bunganya tak bertahan lama, tak sampai seminggu dah mula layu.







Cymbidium hanya setangkai setelah lama menyepi. Saya ada banyak sp cymbidium ni, diikat kat pokok, dalam pasu, didinding rumah ....... mudah-mudahan tahun 2012 semuanya kembali meriah berbunga.


Phal yang cantik ni, tiada haruman dan bunganya seperti plastik, tak tahu IDnya. Sahabat yang tahu tolonglah maklumkan saya.




 Permulaan yang agak memberansangkan tahun 2012 kerana banyak bunga-bunga baru menyerikan tahun baru ini bercampur-campur hybrid dan spesis. Mudah-mudahan phapio-phapio yang belum pernah berbunga akan turut mempamerkan kecantikan bunganya pada tahun ini. Phal belina memang sentiasa  berbunga sepanjang tahun, segan nak tunjuk selalu melainkan kalau berjaya berbunga 10 kuntum sekali.